Untuk affiliate Shopee & TikTok
Paste link produk. Keluar post Threads siap salin - bina atas 144 hook Malaysia, ikut gaya tulisan anda sendiri.
144 hook Malaysia dalam enjin. Bukan hook omputih yang di-translate. Ayat pembuka yang orang Malaysia betul-betul guna. Daja tiru rentak dia, bukan salin ayat dia.
Dia belajar cara ANDA tulis. Tampal 5 post lama anda. Daja ikut panjang ayat anda, cara anda pecah baris, anda guna "aku" ke "saya". Ni yang paling banyak ubah hasil.
Produk kesihatan? Ada pagar. Jual suplemen ke produk kurus? Daja takkan keluar ayat "sembuh", "rawat" atau janji hasil. Tu bukan setakat kena dengan Threads - iklan produk kesihatan kat Malaysia ada undang-undang. Daja kesan sendiri jenis produk anda.
Satu post, satu kerja. Sepuluh gaya, tiap satu ada kerja lain. Takde post yang campur cerita + bukti + jualan sekali gus. Tu yang buat orang scroll lepas.
Link dia baca sendiri. Shopee, Zalora, kedai Shopify, mana-mana laman produk. Nama, gambar, penerangan, kadang harga sekali - terus masuk.
Pilih sampai 3 sekali jana:
Tiru caption orang. Keluar bunyi sama macam sepuluh orang lain yang tiru caption sama. Orang scroll lepas je.
Suruh AI tulis. Keluar "jangan lepaskan peluang keemasan ini". Anda edit sampai penat, last-last tulis sendiri jugak.
Upah orang tulis. RM5-15 sekeping. Komisen anda berapa? Tak masuk akal.
Post link je, harap ada yang klik. Post link tiap-tiap hari, orang berhenti baca. Reach mati - bukan sebab produk anda tak elok.
Tapi yang paling sakit bukan tu.
Yang paling sakit: buka Threads, pandang kotak kosong tu, tutup balik. Sebab tak tahu ayat pertama nak tulis apa. Hari tu lalu, sifar post.
Semua ni keluar dari Daja betul-betul. Produk: susu formula soya kat Shopee.
[Exp 09 Apr 2027] Dumex Dugro - Soy (400g x 3)
Semua ni anda boleh edit sebelum jana.
Gaya: Cerita - sebut produk, tak jual.
Kisah aku yang lambat faham kenapa anak asyik meragam lepas minum susu formula biasa. Rupanya dia tak toleran laktosa. Masa tu baru aku tahu wujud pilihan susu berasaskan soya macam Dumex Dugro Soy ni, khas untuk budak 1-6 tahun yang ada alahan protein susu lembu. Dia ada DHA, 17 vitamin & mineral, tapi yang penting langsung tak guna susu lembu. Lega sikit bila dah jumpa yang serasi. Ada tak mak ayah kat sini yang anak dia kena minum susu soya juga?
Perasan tak? Takde "jangan lepaskan peluang", takde emoji bertaburan, dan dia tutup dengan soalan. Sebab reach Threads datang dari orang balas, bukan dari anda jual.
Post anda bunyi macam ANDA, bukan macam robot.
Tampal 5 post lama anda dalam Tetapan, lepas tu Daja ikut irama, panjang ayat dan pilihan kata anda sendiri. Ni bahagian yang paling banyak ubah hasil.
Anda pakai kunci AI percuma anda sendiri.
Ambil kat aistudio.google.com - free, dua minit, tekan satu butang je. Tu sebab Daja takde bayaran bulanan: kos AI kami tak tanggung, jadi kami tak payah caj anda tiap-tiap bulan.
Kunci tu duduk dalam browser anda je. Kami tak simpan, tak nampak, tak boleh guna.
Daja tak post untuk anda. Dia tulis, anda salin dan post sendiri. Autopost tengah dibuat, tapi belum ada - jadi jangan beli sebab tu.
29 tempat lagi pada RM27. Lepas tu naik ke RM47.
Bayar sekali je. Kod anda kekal. Takde langganan, takde bayaran bulanan.
Kira sendiri
| Upah orang tulis caption | RM5-15 sekeping |
| Alat tulis konten bulanan di Malaysia | RM49 sebulan |
| Daja | RM27 sekali, kekal |
Kos AI tak masuk kira - anda pakai kunci percuma sendiri.
Imbas QR ni, bayar RM27. Mana-mana app bank Malaysia boleh.
Lepas bayar, isi borang bawah ni. Kami semak, lepas tu hantar kod anda kat WhatsApp dan emel.
Sebab tu yang buat Daja takde bayaran bulanan. Kalau kami tanggung kos AI, kami kena caj anda tiap-tiap bulan. Kunci Google ni free, dua minit je.
Kunci duduk dalam browser anda, bukan kat pelayan kami. Tiap kali anda jana post, dia lalu sekali, dipakai, terus buang. Kami tak pernah simpan.
Link TikTok tak boleh baca automatik - TikTok halang. Anda taip nama produk dan salin butiran dia, Daja kaji dari situ. Shopee dan kebanyakan kedai online dia baca terus.
90 janaan sehari satu kod. Guna biasa-biasa, anda takkan dekat pun.
Belum. Daja tulis, anda salin dan post sendiri. Autopost tengah dibuat - pembeli sekarang kami bagitahu dulu bila siap.
WhatsApp kami kalau ada masalah. Kami selesaikan satu-satu.